Thursday, 25 September 2014

AmbilanKhas!

Bila dilihat pada mata yang kecil itu
Tidak mampu rasanya
Menahan lembah yang sangat besar ini
Termenung hingga menembusi hati
Tersentap bila ia melintasi

Namun di sini, tetap juga di sini
Kerana memenuhi kehendak duniawi
Kami teguh berdiri
Kadang goyah, kadang kukuh
Rentasi dengan kata yang besar

Meninggalkan apa sahaja yang dicintai
Terus melangkah walau lemah
Meniti mengorak dengan merangkak
siapalah kami untukmembongkak

Semakin dalam ditembusi
Semakin kurang apa yang dihajati
Sedia dengan apa jua yang diberi
Sentiasa peka dengan apa juga dikehendaki

Kadang merusuh hati sendiri
Inilah realiti duniawi
Memang ia begitu dan terus begitu
Walau rona kehidupan berganti
Ia akan tetap begitu
Terima dengan hati terbuka walau perit untuk diduga…

Hasil karya
Norzai Shahida bt Kamarudin

GSTT
Alat pengarangan pengajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat pengarangan


Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :    docs.google.com/
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:

Aplikasi
· Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian



Wednesday, 20 August 2014

Assalamualaikum....salam sejahtera..salam satu malaysia...

Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara,


SEKAPUR SIRIH…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam penuh takzim kepada semua pengunjung blog laman bahasa ini.
Selamat datang dan selamat melayari blog laman bahasa dan mudah-mudahan saudara/i mendapat manfaatnya.
Sekiranya anda telah melayari blog ini, moleklah kiranya menghantar maklum balas supaya segala cadangan dan kekurangan dapat diperbaik dari semasa ke semasa.
Akhir kata daripada saya, SELAMAT MELAYARI LAMAN BAHASA dan BAHASA JIWA BANGSA.