AmbilanKhas!
Bila dilihat pada mata
yang kecil itu
Tidak mampu rasanya
Menahan lembah yang
sangat besar ini
Termenung hingga menembusi
hati
Tersentap bila ia melintasi
Namun di sini, tetap juga
di sini
Kerana memenuhi kehendak duniawi
Kami teguh berdiri
Kadang goyah, kadang kukuh
Rentasi dengan kata yang
besar
Meninggalkan apa sahaja
yang dicintai
Terus melangkah walau lemah
Meniti mengorak dengan merangkak
siapalah kami
untukmembongkak
Semakin dalam ditembusi
Semakin kurang apa yang
dihajati
Sedia dengan apa jua yang
diberi
Sentiasa peka dengan apa juga
dikehendaki
Kadang merusuh hati sendiri
Inilah realiti duniawi
Memang ia begitu dan terus
begitu
Walau rona kehidupan berganti
Ia akan tetap begitu
Terima dengan hati terbuka
walau perit untuk diduga…
Hasil karya
Norzai Shahida bt Kamarudin
No comments:
Post a Comment